BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 29 November 2012

Penyelesaian Bagi Pertikaian Dalam Islam

Assalamualaikum antum semua. Maafkan ana ye sebab lama gile ana tak update blog ana. Mesti antum semua tertunggu-tunggu. Sebenarnya ana nak update tapi masalah internet menghalang niat ana tu. ish3. Ok lah hari ini ana nak kongsi ilmu mengenai perundangan Islam. Berdasarkan akal fikiran ana, dalam sistem perundangan Islam keadilan itu merupakan teras dalam melaksanakan undang-undang. Jika satu perkara itu mengandungi unsur kezaliman, maka ianya bercanggah dengan Islam. Ini kerana Islam dan keadilan tidak dapat dipisahkan. Oleh itu keadilan itu merupakan tunjang utama bagi menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak tertentu.

Terdapat banyak dalil dalam Al Quran yang mewajibkan kita untuk berlaku adil dalam menyelesaikan pertikaian di antara manusia.  Antaranya ialah, "...jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil" Surah Al-Maidah ayat ke 42.

Pertikaian merupakan sesuatu fitrah atau lumrah dalam kehidupan kita. Dalam setiap masyarakat mesti akan terjadinya pertikaian. Oleh sebab itu,perlunya ada tatacara untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Islam sudah mengajar kita mengenai cara untuk menyelesaikan pertikaian manusia. Dalam sistem perundangan Islam terdapat banyak badan pengadilan bagi menyelesaikan semua jenis pertikaian.

MAHKAMAH!!!!!!!!!

Saidina Ali berkata pada Rasulullah SAW ; "Ya Rasulullah, tuan mengutuskan aku ke Yaman untuk menjadi Qadi (hakim) sedangkan aku masih muda dan tidak mengetahui tentang kehakiman.  "Rasulullah bersabda;" sesungguhnya Allah akan memberikan hidayah-Nya kepada hatimu dan menetapkan lidahmu. Jika datang dua orang yang bertikai duduk di hadapanmu, maka janganlah engkau menjatuhkan hukuman sehinggalah engkau mendengar hujah pihak kedua seperti engkau mendengar pihak pertama. Kerana itulah yang lebih layak dilakukan agar jelas bagi kamu untuk menjatuhkan hukuman.[HR Abu Dawud]

Tujuan ana mengupas serba sedikit topik ini adalah kerana ana lihat dunia kita sekarang ini sudah dicemari oleh unsur ketidak adilan.  Ana takut melihat situasi yang sedang menular dalam pucuk pimpinan di negara kita. Jangan sampai imej negara kita yang berstatus negara Islam  dikritik oleh negara bukan Islam diluar sana. Marilah sama-sama kita ubah paradigma kita. In syaa allah. Amin.

Ana rasa sampai d isini dulu yer. Assalamualaikum.

0 comments: