BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 27 December 2012

Doa?

Assalamualaikum antum semua. kali ini ana nak berkongsi ilmu mengenai doa. Setiap manusia dilahirkan mempunyai masalah. Pelbagai persoalan muncul di depan mata, seakan tiada habisnya. Lebih daripada itu, masalah itu semakin menenggelamkan manusia pada penderitaan yang tidak berkesudahan.

Ramai di antara mereka yang berputus asa. Perintah solat mula ditinggalkan, bersedekah apatah lagi. Bahkan ironinya, ada yang pergi ke tok bomoh, mencuri, menjual diri dan pelbagai bentuk kejahatan lain yang dianggap sebagai solusi untuk menyelesaikan krisis yang melanda diri mereka.

Hidup pun tiada terasa indahnya lagi. Lihat ke kanan masalah, ke kiri masalah, atas dan bawah pun masalah yang seakan-akan datang menghimpit seluruh jiwa dan raga.
Lalu apa yang patut kita lakukan ketika ini? Adakah kita hanya bersembunyi di balik masalah ini? Menjerumuskan diri pada bentuk maksiat yang menjanjikan keuntungan besar dalam masa singkat? Minum minuman keras yang dapat melupakan masalah kita dalam masa sementara? Atau bunuh diri agar masalah yang dihadapi selesai setelah kita mati?

Semua perkara di atas amat mudah terlintas dalam fikiran manusia kerana pada prinsipnya manusia sangat mudah berputus asa. Alangkah meruginya kita kalau fikiran-fikiran seumpama ini kita ikuti.

Di saat manusia ditimpa pelbagai musibah dan masalah, tindakan bijak yang perlu kita lakukan adalah memuhasabah hubungan kita dengan Allah swt. Salah satu bentuk komunikasi yang perlu kita lakukan adalah berdoa.
Doa hakikatnya adalah penuntun kita untuk melakukan perubahan diri. Hidup kita bukanlah sestatis laut mati. Ia sentiasa bergerak dan berubah dari masa ke semasa. Banyak cabaran yang perlu kita hadapi setiap hari. Melalui musibah inilah, Allah akan melihat siapa hamba-Nya yang sebenarnya. Siapakah hamba-Nya yang bagus kualiti peribadinya? Siapakah hamba-Nya yang mahu melakukan perubahan? Dan perubahan inilah yang menjadi esensi dari doa yang kita panjatkan.


Ibnu Ata'illah menukilkan sesuatu yang amat berharga dalam kitabnya al-Hikam :
"Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tidak merubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta dan banyak berharap kepada Allah swt, tetapi kerana sibuk meminta terkadang membuat kita tidak sempat menilai diri sendiri. Padahal kalau kita meminta dan akibatnya kita merubah diri sendiri, Allah akan memberikan apa yang kita minta kerana sebenarnya doa itu adalah pengiring agar kita dapat merubah diri kita. Jika kita tidak pernah mahu merubah diri kita menjadi lebih baik, tentu ada yang salah dengan permintaan kita."


 
Berdoa berjuta sekalipun, kalau kita tidak melakukan perubahan diri, ianya tidak akan berubah kerana sememangnya itulah ketetapan-Nya. Kekuatan seseorang untuk merubah dirinya dapat menjadi salah satu faktor yang menentukan kejayaan seseorang. Jika hidup selalu ditimpa musibah, hutang tidak pernah terlansaikan, pelajaran pun tidak dapat diikuti dengan baik, jelas itu menunjukkan ada yang tidak kena dengan diri kita.


Adakah semua ini kerana Allah tidak memakbulkan doa kita? Cubalah kita muhasabah diri. Tinggalkan kebiasaan-kebiasaan buruk yang selama ini sebati dengan diri kita. Tingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita. Jika dulu kita orang yang panas baran, cubalah perbaiki sifat ini dengan mengingat-ingat akibat yang akan berlaku jika kita selalu marah kepada orang lain hatta masalah sekecil manapun.
Firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 11 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum sehingga dia sendiri yang merubahnya"


Oleh itu kita kena muhasabah diri. Lihatlah kekurangan yang ada pada diri kita. Jika kita inginkan kejayaan dalam peperiksaan, tapi tidak meningkatkan usaha dalam mengulang kaji pelajaran, jangan salahkan sesiapapun jika kita gagal kelak.

Doa yang kita panjatkan kepada Allah swt ibarat tanaman. Kekuatan kita untuk mahu berubah adalah benihnya. Manakala doa itu sendiri adalah bajanya. Baja akan membuat benih tumbuh, berbuah banyak dan berdaun lebat. Akan tetapi, jika kita hanya menebar baja tanpa sedikitpun benih yang kita tanam, apa yang akan tumbuh?

Jika doa semakin bagus, ini menunjukkan bahawa perubahan telah terjadi dalam diri kita secara perlahan-lahan. Jika kita meminta tiada henti, dalam masa yang sama kita pun bermaksiat, jangan salahkan siapapun kerana doa seperti ini ibarat gema kosong yang hanya memantulkan suara sahaja.

 In Syaa Allah ana berharap dengan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak mampu mengubah paradigma antum semua.  Assalamualaikum

Monday 17 December 2012

Sebuah Pertemuan



Assalamualaikum antum semua. Bertemu lagi kita. Alhamdulillah. Erm kali ini ana nak kongsikan satu karya yang gempak gile, so harap antum dapat memahami karya ini. In Syaa Allah

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
                                                      Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan

 Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

 Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

erm apa pendapat antum semua mengenai karya ini. Sebenarnya input yang cuba ana terapkan di sini ialah umat islam kini sudah tidah mementingkan sahabatnya sendiri. Sedar atau tidak itulah realitinya. Jadi ana berharap agar ukhwah kita sesama saudara islam mampu dikuatkan. In Syaa Allah

Sunday 16 December 2012

Muslimah.....


Assalamualaikum antum semua. Hari ini ana nak berkongsi ilmu mengenai kaum hawa. Baiklah ana nak tanya antum semua. Muslimah itu apa? 

Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.

Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.

Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.

Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu "aku seorang muslimah".

Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. "sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".




Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun". Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.

Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-

"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".

Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.

 Ana harap antum semua dapat mengambil pengajaran dari penulisan di atas. Kita sampaikan kepada semua saudara Islam kita di luar. Jumpa di lain waktu. Assalamualaikum.

Wednesday 12 December 2012

Wasiat Imam syafi'e

Assalamualaikum antum semua. Bertemu lagi kita. Alhamdulillah. Baiklah kali ini ana nak ceritakan pesanan Imam Shafi'e. Sebelum Imam Shafi'e wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1) Hak kepada Diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2) Hak kepada Malaikat Maut : mengqada'kan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah SWT.

3) Hak kepada Kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4) Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5) Hak kepada Mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6) Hak kepada Sirat (titian yg merintangi neraka pada hari kiamat) : membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7) Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8) Hak kepada Ridhuan(malaikat penjaga syurga): merasa redha kepada qadha’ Allah, bersabar menerima bala', bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9) Hak kepada Nabi Muhammad SAW : berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada Al- Sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah.

10) Hak kepada Allah SWT : mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sunday 9 December 2012

Inspiration.

Assalamualaikum antum semua. Hari ini ana nak kongsikan sedikit ilmu untuk antum semua tapi kali ini lain sikit. Ana sampaikan dalam versi inggeris. Jangan terkejut tau......

Lets start with:

Workship.
It is the song of our heart that is grateful to god.

Work
It is the secret of success.

Play
It is the symbol of youthfulness

Read
It is the source of knowledge

Think
It is the strength of he mind

Love
It is the sacrament of life

Dream
It is the soul of aspiration

Help
It is the secret of happiness

Laugh
It is the song of experience

Pray
It is the source of strength

and lastly Plan
It is the secret of being able to have time for all of above.

So now  let us think about our lives. our lives are always be tested with a variety of problems but allah always with us. Thats all for today. I hope all of you will get the messege. ok see you next time. Assalamualaikum.

Monday 3 December 2012

Tenang ???

Assalamualaikum antum semua. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang oleh tuan punya dunia ini untuk sekali lagi bersama dalam majlis ilmu untuk kali ini. Hihiihi. perasan lak ana. Cam jadi hos lak. Oklah antum semua sihat? In Syaa Allah ana doakan antum semua sihat disamping keluarga tercinta. Baiklah hari ini ana nak kongsi ilmu mengenai ketenangan. Jommmm

Ketenangan itu ibarat sebatang sungai ditengah-tengah hutan yang ditemui oleh seorang pengembara yang tersesat di dalamnya. Pengembara tersebut dapat mendengar dengan jelas kelembutan aliran sungai tersebut dan diiringi dengan bungi unggas yang berada di dalamnya. Perg berbunga-bunga ayat .Hihiih.
sebagaimana ketenangan menghayati alam semula jadi ciptaan Allah yang maha berkuasa, hati seorang manusia itu akan berasa tenang apabila dirinya sentiasa mengingati Allah.

Seseorang yang menuntut sebuah ketenangan menjadi seorang yang amat ambil berat terhadap kualiti hubungannya dengan Allah dalam setiap perkara yang berlaku.

Dia merupakan seorang yang sentiasa berhati-hati dalam memilih jalan makruf atau mungkar dalam hidupnya. Ketenangan hati yang diingininya mendambakan kata-kata yang bermanfaat, hanya mendengar perkara kebaikan, mata yang menjauhi daripada melihat perkara kemungkaran dan anggota badan yang sunyi dari melakukan maksiat.

Hasilnya, ketenangan yang dirasai dalam segenap diri dan jiwanya akan menatijahkan kerja dan implikasi yang sempurna dan sudah pasti dia akan berpuas hati dengan jalan benar yang diambil untuk mencari sebuah ketenangan.

Harap antum dapat mengambil pengiktibaran daripada ilmu yang telah ana sampaikan. In Syaa Allah kita amalkan dan sampaikan kepada saudara-saudara Islam kita yang lain. In Syaa Allah. Ana rasa cukup sekadar itu dulu, jika ana ada tersalah bahasa atau gelagat ana yang membuatkan antum semua kurang senang sewaktu membaca blog ana ini, ana menyusun sepuluh jari memohon maaf daripada antum semua.
In Syaa Allah ana harap antum dapat mengamalkan ilmu ini. Amin. Assalamualaikum