BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 9 November 2012

Muhasabah Diri Semula

Assalamualaikum antum semua. Maafkan ana sebab lama tak update blog. Ana buru lepas exam Bahasa Arab Komunikasi. Huh susah gile, tapi alhamdulillah ana dapat jawab dengan izin Allah. Ok lah,  hari ini ana nak kongsi satu cerita baik punyer.  Jom

Di sebuah kota yg penuh pancaroba tinggal seorang hamba Allah ini yang sangat suka mengembara. Pada suatu hari yang telah ditetapkan oleh Allah, hamba itu tersesat di dalam sebuah hutan. Dia bingung dalam memikirkan cara untuk mencari jalan keluar dari hutan tersebut. Tiba tiba dia terdengar seekor harimau sedang mengaum dan hatinya menjadi resah. Dengan ketentuan Ilahi harimau ini betul-betul berada dihadapannya, lalu hamba Allah itu pun membuka langkah seribu untuk menyelamatkan dirinya. Sewaktu hamba itu berlari, hamba itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan dari dimakan harimau itu. Dengan izin allah di terlihat ada satu perigi dan di tepi perigi itu ada tali. Lalu di ambilnya tali tersebut lalu dipegangnya erat-erat dan terjun ke dalam perigi tersebut. Harimau itu masih menunggunya di atas perigi itu. Tiba-tiba hamba itu terdengar ada percikkan air dari arah bawah. Rupa-rupanya ada seekor buaya yang sedang menunggu mangsanya untuk dijadikan sebagai makanan. Hamba itu menjadi takut dan berfikir berapa lama lagi dia mampu bertahan. Selepas itu, keluar seekor tikus putih dan hitam yang agak besar dari celah-celah batu perigi itu lalu menggigit tali yang dipegang olehnya.Hamba itu menjadi semakin gelisah dan berputus harap lalu berdoa kepada Allah. Tiba-tiba hamba itu terdengar bunyi  seekor lebah yang terbang di atasnya. Lebah itu membawa madu yang sangat manis. Dengan ketentuan Allah madu itu tertitis ke dalam mulut hamba itu. Terdetik didalam hati hamba itu " manis sungguh madu ini" lalu terjatuh ke dalam perigi itu kerana hamba itu terlupa akan tali yang dipegangnya sebentar tadi.

Baiklah sekarang ana nak jelaskan satu persatu maksud cerita yang ana nak sampaikan kepada antum semua.
 hamba Allah itu bermaksud diri kita semua.
 mengembara pula bererti perjalanan kita di dunia ini.
 harimau dan buaya bermaksud ajal kita
 tali itu bererti jangka hayat kita sewaktu di dunia
 tikus hitam dan putih pula di tafsirkan sebagai amalan buruk dan baik kita sewaktu di dunia.
 dan kemanisan madu itu bermaksud kesenangan yang allah berikan kepada kita semua.

Pesanan yang ana ingin sampaikan ialah kita ini sering lupa kepada Allah. Kita hanya akan mengingati Allah ketika diri kita diuji dengan kesempitan hidup tetapi tidak pula diwaktu kita diuji dengan kesenangan. Bila kita leka dengan kesenangan kita lupa kepada pencipta kita yakni allah yang sentiasa memberikan rahmatnya kepada kita. Jadi ana harap antum  semua termasuk diri ana sendiri muhasabah diri kita semula. Kaji diri kita dan perbaiki diri dari semasa ke semasa. Insyaallah. Amin

Ana rasa sampai di sini saja dalu. Assalamualaikum.

0 comments: