BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 28 December 2015

Assignment 3

Kami membuat perjumpaan dan duduk bersama-sama menyiapkan tugasan. Semua pakar melaporkan gerak kerja masing-masing dan semuanya dilihat mengikut apa yang telah dirancang. Kami memperkemaskan laporan bersama-sama dan menyiapkan buku panduan dengan menghiasnya untuk tampak lebih menarik. Selain itu kami juga membuat Penambahbaikkan video dengan masing masing memberi idea dan kami menukar beberapa babak dan isi dalam video.
Kami bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini dengan masing-masing membantu dengan kerahan tenaga dan komitmen yang sangat baik.

Friday 18 December 2015

Assignment 3

Pada hari ini kami melakukan perjumpaan di cube fakulti pendidikan. Kami berbincang mengenai tugasan tiga. Saya menjelaskan tugasan dan memberikan penjelasan serta tarikh untuk menyiapkan tugasan agar semuanya berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Saya memberikan Setiap pakar untuk mengetuai beberapa bidang tugas. Bagi penghasilan Video, saya memberikan Pakar Programmer dan Pakar Media untuk mengetuai penghasilan video. Selain itu Saya pula mengetuai penghasilan buku panduan dan Setiap Penghasilan video dan buku panduan akan merujuk kepada Pakar Subjek. Penghasilan Laporan diketuai oleh Pakar Subjek kerana Pakar Subjek ini mahir dan lebih mengetahu berkaitan isu dan tajuk yang dipilih.
Kami juga sudah mula melakukan gerak kerja seperti mencari muzik latar bagi video serta merangka isi isi yang akan dimuatkan didalam laporan. Kami memilih 3 muzik latar dan kami membuat undian serta berbincang mengenai pemilihan muzik latar.

Monday 14 December 2015

Assignment 3

Hari ini merupakan peperiksaan bagi Subjek ini. Kami dimaklumkan tarikh akhir untuk menghantar tugasan iaitu pada 30 Disember 2015. Kami dimaklumkan maklumat-maklumat penting yang perlu disiapkan sebelum 30 Disember. Hari ini merupakan hari terakhir bagi kelas Kemahiran Komputer Untuk Kaunselor. Kami mengucapkan terima kasih kepada Dr atas kesungguhan serta kesudian mengajar kami sepanjang sesi 2015/2016 ini.

Monday 7 December 2015

Assignment 3

Pada hari ini kami membuat penambahbaikkan event storyboard kami. Kami duduk dalam kumpulan dan besama-sama memerah otak untuk menambahbaikkan storyboard. Pakar Media dan Pakar Programmer setiap kumpulan memainkan peranan mereka dalam memberi idea dan cara bagaimana mereka akan run through video. Pakar subjek pula memberikan maklumat yang diperlukan bagi memudahkan penghasilan storyboard yang baik. Pengarah Projek Memantau dan memberikan gambaran bagaimana tugasan ini bakal dijalankan. Pengarah juga memainkan peranan untuk memastikan setiap ahli tahu akan tugas masing- masing.
Dr juga pada hari ini dipertontonkan video yang telah dihasilkan. Dr memberikan kritikan dan nasihat untuk menambahbaikkan tugasan video ini.