BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 18 November 2012

Ada Apa Dengan Cinta

Assalamualaikum antum semua. Antum semua sihat? Kalau sihat alhamdulillah. Sesungguhnya nikmat kesihatan itu datangnya dari Allah. Bagi yang kurang sihat tu jangan berduka, kuatkan semangat kerana Allah sedang menguji antum semua. Banyakkanlah berzikir kepada Allah. Baiklah hari ini ana nak kongsikan ilmu berkaitan cinta. Kalau bercerita mengenai cinta mesti antum semua suka kan. Hahaha. Tidak mengapa. Cinta itu merupakan salah satu perasaan yang Allah tanamkan dalam setiap hati hambanya. Ana nak berkongsi ilmu ini dalam bentuk sajak.

Menyelak lembaran cinta,
Tidak sesempurna cinta Muhammad pada umatnya,
Persis sinar mentari pagi,
Hadirmu membawa wahyu Ilahi,
Ditemani semangat dan cinta Khadijah,
Cekal dirimu menyebar dakwah,
Tika najis menyentuh jasadmu,
Tulus kau berdoa agar hidayah memanyungi umatmu,
Dalam dakapan penghujung nyawa,
Lafaz ummati diakhir hayatmu,
Deraian air mata membasahi bumi,
Tika khabar dirimu dijemput ilahi,
Tiada setanding hebat cintamu,
Acuan Agung yang maha esa,
Walau jasad tidak pernah bertemu,
Selawat dan salam akan sentiasa berlagu,
Meniti hidup dalam sunnahmu,
Tanda kasih dari umatmu,

Ha best tak sajak tu. Hahaha. Di sini ana nak kita semua berfikir sejenak adakah cinta kita kepada Rasulullah telah mencapai tahap seperti cinta Rasulullah kepada kita. Renung-renungkan lah.

Dari Anas r.a Nabi S.A.W sabdanya: "tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.(pertama) hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.(kedua) hendaklah dia mencintai seseorang kerana Allah.(ketiga) hendaklah dia membenci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampak ke dalam neraka" Hadis Riwayat Bukhari.

Ana rasa cukup sampai di sini dulu. Ana harap sedikit sebanyak ilmu yang ana sampaikan dapatlah kita mengambil pengiktibaran. Insyaallah. Amin. Assalamualaikum.

0 comments: