BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 18 September 2012

Bersatu Kita Menuju Sinar Rabbani



Alangkah anehnya umat akhir zaman ini,
Di saat kita dalam kesakitan,
Ramai yang mengadu nasibnya pada tinta dan kertas,
Pada muzik yang melalaikan,
Sedangkan adanya Allah yang sentiasa mengharapkan
Hambanya untuk mengadu nasib padaNya,
Agar Dia dapat menceriakan kita,
Dengan nikmat yang bakal dikurniakanNya...

Alangkah tenatnya SAUDARA seagamaku ini,
Tatkala adanya seorang INSAN yang terjatuh ke lubang kegelapan,
Ingin memanjat kembali mencari cahya NurNya,
SAUDARA seagamanya tidak ingin membantu,
Malah menolaknya kembali ke lubang kesesatan itu,
Meruntuhkan keimanannya yang sedang membina perlahan,
Menusuk sanubarinya yang dahagakan hidayahNya,
Dengan tohmahan...
Dengan cacian....
Dengan buruk sangka...

Alangkah sempitnya minda UMATku kini,
Tidak mahu menggunakan akal yang diangkat tinggi,
Pabila melihat seorang SAHABAT yang menghulurkan tangan pada insan tersebut,
Menyimpulkan senyuman penuh ikhlas untuk membantunya
Dicacinya SAHABAT itu,
Dipulau mereka berdua itu,
Sedangkan pabila SAHABAT itu meminta bantu pada SAUDARA,
SAUDARA hanya ketawa dan berlalu pergi,
Meninggalkan SAHABAT itu berseorangan,
Dengan niat ingin membantu INSAN itu keluar,
Maka tika itu ingin daku bertanya,
Salah siapa tika itu
SAHABATku atau SAUDARAku??

Kebebasan,
Pabila INSAN itu mula merasai,
SAHABAT pula yang menderita,
Tatkala itu,
SAUDARAKU mula melemparkan tohmahan,
bukan pada si SAHABAT tetapi si INSAN yang baru pulih,
Membuatnya sekali lagi disinggahi kesedihan,
Kesedihan melihat SAHABAT dalam derita,
Saat itu fikirannya berligat laju,
Adakah ini salah daku wahai sahabatku???
Sedih kerana dicaci...dihina... disangka sebegitu rupa,
Sedangkan pada tika itu hatinya sudah suci dari kegelapan itu,
Adakah ini sama sahaja seperti dahulu???



Pada saat itu...
SYAITAN YANG DILAKNAT,
mula tersenyum,
hatinya puas melihat umat teragung itu,
porak peranda sebegitu,
merelakan saudara seagama yang ingin bertaubat berfikiran sebegitu,
dengan cacian dan buruk sangka mereka,
masing-masing meruntuhkan diri sendiri,
di saat yang memerlukan cahya NurNya,
mereka meruntuhkan kembali dinding akidahnya,
hingga hampir runtuhnya kepercayaan,
Pada takdir,
Pada Qada' dan Qadar,
Pada hikmah di sebalik kejadian,
Dan yang paling penting,
Pada kekuasaan dan keagungan Maha Esa dan Maha Pencipta.


Sanggupkah kamu?
Hidup dalam dunia sebegini??
Sedarlah wahai umat Nabi Muhammad,
Sedarlah bahwa dunia ini sudah hampir ke penghujungnya,
Sanggupkah kamu merelakan saudaramu sendiri dijilati api neraka,
Sanggupkah kamu merelakan saudaramu menjadi sahabat pada MUSUH YANG NYATA??

Sanggupkah kamu dibenci, dilaknat Allah
Kerna tidak mahu menolong saudaramu sendiri???
Astarghfirullah hal azim...
Tidak ku boleh bayangkan sekiranya kamu merelakan perkara itu berlaku...

Wahai SAUDARAku yang kukasihi,
Sedarlah dikau kamu tergolong dalam yang terugi,
Kerna datangnya satu peluang olehNya,
Untuk membetulkan akidahnya,
Untuk bantunya ke jalan yang benar,
Namun kau memperkecilkannya,
Maka jelaslah,
Kau memperkecilkan peluangmu untuk mendapat pahala,
Yang tidak terkira besarnya,
Yang direbuti para sahabat, ulama, tabi' dan tabii',
Malah kau mengisi peluang itu dengan zalim,
Cacian, tohmahan, buruk sangka dan protes yang amat dicintai syaitan durjana,
Adakah itu cara kamu memanfaatkan peluang itu???
Maka dikau akan tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah Yang Maha Segala-galanya...

Wahai Sahabatku yang dihormati,
Percayalah bahwa usahamu itu bukan sia-sia semata-mata,
Kerna di sisi yang Maha Agung,
Usahamu itu amat dicintai olehNya,
Kerana sanggup mengetepikan segala tohmahan di dunia,
Demi melihat INSAN menjejak kaki ke syurga,
Demi melihat INSAN kembali bersemangat untuk meneruskan hidupnya,
Sedarlah dirimu telah berjasa pada diri INSAN,
Kerna tanpamu,
sinar Nur yang dicari-carinya sukar didapatinya...

Wahai INSAN yang dikasihi,
Ucpkanlah tahniah pada diri  sendiri,
Kerna berjaya membebaskan diri dari kancah kegelapan,
Namun sedarlah dan tanam dalam dirimu,
Sedarlah bahwa Allah sering bersamamu,
Sedarlah bahwa dirimu sentiasa diuji
Hanya kerana Allah menyayangimu,
Janganlah berputus asa pada Allah,
Kerna sedetik dirimu melupakan Allah,
Allah jua akan melupakanmu,
Dan pabila kau berpegang teguh padaNya,
InsyaAllah,
Allah akan memberi ganjaranya yang besar,
Padamu tidak kira kini atau nanti
Di dunia dan akhirat..

Ini tidak bermaksud untuk menunding jari pada sesiapa...
Kerna diriku turut tidak sempurna...
Apa yang ku inginkan hanya satu...
Marilah sama-sama bermuafakat...
Untuk bersatu hingga ke akhirat..

Maaflah kalau ini dikira agak merapu, ini cuma luahan hati selepas mendengar luahan sahabat-sahabat yang sedang mencari cahaya keimanan, membaca bahan ilmiah yang dikarang oleh pihak yang mengambil berat tentang amar makruf nahi mungkar(bersatu-padu demi kesejahteraan duniawi dan akhirat bersama=))dan melihat dunia ini dengan skop yang lebih luas. Pada sahabat2 di luar yang seperti insan itu, tabahlah...Jangan berputus asa, kerna Allah tidak menyukai hambanya berputus asa...Sentiasalah mengadu(berdoa) pada Allah, kerna doa yang disertai dengan taubat oleh orang yang teraniaya sentiasa dimakbulkan Allah. TAHNIAH PADA ANDA YANG BERTAUBAT DAN SEMOGA CAHAYA NUR SENTIASA BERADA DI HATIMU SELALU =)


INI KHAS UNTUK SAHABAT-SAHABATKU.......

Tuesday 11 September 2012

Ku Raih Cinta Kasih Mu

Wahai Rabb,
Yang mengetahui rasa setiap jiwa,
Aku tersungkur ditengahnya,
Saat aku mencari hembusan kasihmu,
Ada kalanya bahagia bertamu,
Terkadang makin parah dan menusuk segala duri,
Kemana hendak ku melangkah,
Jika yang tinggal hanya gelisah,
Apa kau juga makin menjauh?

Mudahkanlah perjalanan ku,
Agar aku meraih cintamu kembali.

Monday 10 September 2012

Seni Berdakwah

Assalamualaikum antum semua. Maaflah lama ana tak update blog ni. Hari ini ana nak berkongsi sedikit ilmu mengenai dakwah.Usaha amar makruf dan nahimungkar perlu bermula dengan ilmu untuk mengetahui syarat-syarat yang perlu ada pada seseorang yang hendak melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Selain beriman dan adil , seorang da'i mestilah memenuhi kriteria di bawah.
1. Berilmu
    Hendaklah mempunyai ilmu ,mengetahui batas dan tempat serta tetap dalam batas-batas ketentuan syariat. Tanpa ilmu , bagaimana seorang da'i mampu membezakan antara yang hak dan batil, benar dengan salah, baik dengan jahat

2. Warak
    Warak bermaksud melakukan sesuatu dengan mengetepikan kepentingan diri, kebanggaan peribadi dan dorongan hawa nafsu. Jangan ada tujuan dendam,benci pada pelakunya (benci hanya kepada kemungkaran yang dilakukan)dan lain-lain kepentingan peribadi atau agenda tersembunyi.

3. Akhlak yang baik
    Seorang da'i harus memiliki akhlak yang baik,lemah lembut,kasih sayang dan dapat menguruskan kemarahannya dengan baik. Akhlak merupakan daya tarikan yang memikat hati orang yang diseru. Inilah rahsia kejayaan rasulullah dalam misi amar maaruf dan nahi mungkar.

Ana harap dengan sedikit perkongsian ilmu ini dapatlah sama-sama kita lonjakkan paradigma kita agar kita dapat kebaikan di dunia dan akhirat. Insyaallah

Saturday 1 September 2012

4 Rahsia Jauh Daripada Dosa

Assalamualaikum. Erm ana rasa hari ni ana nak berkongsi mengenai ilmu yang baru ana pelajari. Harap antum sudi membaca ye. ok  jom

Dosa tidak memilih sasaran, tempat dan masa. Namun manusia sering menjadi sasarannya. Ada 4 rahsia yang ana nak berkongsi dengan antum semua.

Rahsia 1= Dekat dengan Al Quran
               Hati yang dekat dengan peringatan dan kalam Allah yang terdapat dalam Al-Quran pasti akan sentiasa beringat sebelum melakukan sesuatu perkara. Bacaannya bukan hanya alunan di bibir,malah intisarinya meresap ke dalam jiwa seorang hamba yang sentiasa takut untuk melakukan dosa dan maksiat.

Rahsia 2= Meneladani orang soleh
               Kisah-kisah kehidupan para nabi , rasul wali Allah dan orang soleh menjadi tatapan setiap waktu. Kehidupan mereka yang dilimpahkan nikmat dan kurniaan daripada Allah menjadi pendorong untuk meraihnya. Manakala ,dugaan dan cabaran yang Allah timpakan menjadi pemangkin untuk meneruskan kehidupan di dunia tanpa palitan dosa dan maksiat.

Rahsia 3= Patuh dan Taat
               Peringatan tentang halal dan haram sesuatu perkara tersemat rapi dalam genggaman manusia yang mahukan dirinya jauh daripada berbuat dosa. Dirinya juga akan sentiasa berhati-hati dengan segala perkara yang samar-samar antara halal dan haram,dan sudah pastilah keredaan Allah itu yang terutamanya bagi dirinya dalam melakukan apa-apa jua perkara.

Rahsia 4= Ingat kesan sampingan dosa
               Sentiasa ingat akan hukuman Allah akibat dosa yang telah dilakukan. Hukuman itu dibayar secara tunai sama ada sejurus selepas dosa tersebut,pada keesokan hari,tahun mendatang ataupun balasan dihari akhirat kelak.Yang pasti balasan Allah pasti akan ditimpakan kepada mereka yang tidak malu membuat kemungkaran di muka bumi.Hanya orang yang yang beringat tentang hukuman buruk yang akan diterima akan meninggalkan perbuatan dosa dalam hidupnya.

Ana harap ilmu yang ana kongsikan dapat antum ambil walaupun sedikit. Cubalah praktikkan di dalam kehidupan seharian kita.Insyaallah dengan izin Allah kita tergolong dalam golongan orang yang beriman. Insyaallah

Pertanyaan?

Assalamualaikum. Hari ini ana nak bagi satu tazkirah ringkas lah.  Ambil sebanyak mungkin pengiktibaran dari kisah ini.

Ustaz : Kenapa kamu bercouple dengan dia???

Remaja : Sebab saya cintakan dia la ustaz.

Ustaz : Apa jadi kalau kamu tak couple dengan dia?


Remaja : Saya rasa hidup saya tak bermakna ustaz. saya sanggup mati utk dia.

Ustaz : Boleh kamu tutup hidung dan mulut kamu untuk 15 minit?

Remaja : Ustaz ni gila ke? mati la saya kalau macam tu.

Ustaz : ISLAM itu ibarat oksigen kepada manusia. Tanpanya, kamu akan mati. Bukankah ALLAH telah buktikan cinta NYA kepada seluruh manusia. Kamu sanggup mati untuk cinta manusia, tapi sanggupkah kamu mati untuk PENCIPTA cinta itu???

Insyaallah kita bersama-sama berubah daripada buruk kepada yang lebih baik.