BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 17 November 2012

Surah Al-"Asr

Assalamualaikum antum semua. Sebelum ana membuka celoteh ana, dengan sukacitanya ana ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah. Insyaallah di tahun hijrah yg baru marilah sama2 kita berhijrah dari buruk kepada baik dan baik  kepada yg lebih baik. Insyaallah. Baiklah hari ini ana nak kongsikan sedikit ilmu mengenai salah satu surah dari Al Quran iaitu Surah Al-"Asr.

Al "Asr yang bermaksud memerah. Oleh itu ("a-syir) itu ialah jus. Mesti antum semua terfikir mengapa Allah menggunakan Al-"Asr. Ini kerana ia menggambarkan sesuatu yang akan memberi kesan yang sangat besar. Sebab itu, waktu asar itu disebut kerana ketika itu, keringat manusia telah diperahkan dengan aktiviti dari pagi. Maka dengan pemerahan keringat itu, membuatkan manusia apabila sampai waktu asar dia sudah lemah dan malas.
Kalau kita perhati dan tadabbur surah ini kita akan mendapat ilmu yang tersangat berguna untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita agar dapat merubah kehidupan kita kepada kehidupan yang lebih baik. Insyaallah.
Terjemahan ayat:
1) Demi masa
2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
 Kalau antum perhatikan di sini, Allah menyatakan bahawa manusia memang berada dalam kerugian secara menyeluruh.

BAGAIMANA UNTUK TIDAK RUGI??????

Jawapan bagi soalan itu terdapat dalam ayat ketiga
3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Di sini Allah mengarangkan kepada kita 4 kriteria untuk selamat iaitu beriman, ekspresikan iman dengan amal soleh, berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran.

(beriman)
Ini baru satu perempat dari usaha menyelamatkan diri dari kerugian

(ekspresikan iman dengan amal soleh)
Keimanan perlu dibuktikan.tidak cukup hanya dengan mengaku beriman.

( berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran)
Amalan ini menjadi syarat pelengkap untuk bebas dari kerugian.

Antum semua sedarlah begitu peningnya Surah Al-"Asr ini sehinggakan Imam Asy-Syafie mengatakan
"andai kata Allah tidak menurunkan wahyu melainkan dengan Surah Al-"Asr ini, maka ianya cukup bagi manusia.".

Insyaallah ana harap apa yang ana kongsikan ini bermanfaat untuk diri antum sekalian dan juga untuk diri ana sendiri. Ana menyampaikan ilmu ini bukanlah untuk menunjuk pandai tetapi hanya untuk berkongsi sedikit ilmu yang Allah kurniakan kepada ana. Insyaallah kita bertemu di lain waktu. Assalamualaikum .


0 comments: