BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 30 August 2012

3T Yang Berpuak Kini Akrab


Assalamualaikum. Huh penat  betul la .....  Maaflah ya, ana lambat update bloge ana nie. Banyak kerja yang perlu diuruskan. Alhamdulillah semua sudah siap. Hari ini ana nak kongsi sedikit ilmu berkaitan 3T. Mesti antum semua tertanya apa yang cuba ana maksudkan mengenai 3T.

Sesungguhnya kekuasaan dan kebesaran Allah dalam penciptaan manusia terlalu hebat. Manusia diciptakan oleh Allah dengan perbezaan dari semua segi meliputi fizikal, emosi, akal dan spiritual.
Dengan perbezan itulah kita berbeza sifat,karakter,mahupun tingkah laku."wahai manusia,sesungguhnya kami mencipta kamudaripada seorang lelaki dan seorang perempuan,serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak -puak supaya kamu saling berkenalan.Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal" Surah AlHujurat ayat 13. Ayat ini menerangkan bahawa kita dijadikan penuh dengan kelainan supaya kita dapat berhubung dan saling mengenali antara satu sama lain.

T1=Taaruf
       Tak kenal maka tak cinta, begitulah bidalan yang selalu bermain dipemikiran kita.Dengan taaruf kita mampu berkomunikasi dan melayan seseorang berdasarkan sifat dan kesukaan orang tersebut. taaruf merupakan asas kehidupan kehidupan bermasyarakat.

T2=Tafahum
       Tafahum bermaksud saling memahami dan bermuafakat antara satu sama lain ke arah kebaikan dan kebajikan. Faham membawa kepada penyelesaian diri antaraa satu sama lain. lebih banyak kita mengenali diri seseorang kita akan lebih mengenali diri seseorang. Di sinilah akan wujud kemesraan dalam pergaulan.

T3=Taawum/membantu
       Setelah Taaruf pasti kemesraan dan kesefahaman akan timbul. Sesungguhnya Islam amat menggalakan umatnya supaya saling bantu membantu. Ini selaras dengan firman allah dalam Surah Al Maidah ayat 2.

Insyaallah dengan cara ini ukhwah sesama umat Islam akan lebih kukuh. Ana rasa hanya sekadar ini untuk kali ini. Assalamualaikum


Monday 27 August 2012

Kudamba Ketenangan Hakiki

 Asalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah tuhan sekalian alam kerana dapat sekali  lagi ana menulis blog ini. Kali ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu melalui sajak. Insyaallah.

Apabila hati ini resah,
Kepada siapa harus aku berserah,
Apabila hati rasa gundah,
Dihimpit cabaran yang kian mencuba,
Aku buntu mencari ,
Fikiranku sudah hilang arah,
Tiada yang mampu membantu.

Ooh aku terlupa,
Ada tuhan yang maha segala,
Mendengar segala rintihan hambanya yang berduka.

Aku mencari buku keimanan ,
Yang menyimpan seribu kenangan,
Aku belek mencari sinar ,
Aku merenung memikirkan sesuatu,
Betapa jauhnya aku dengan penciptaku,
Ya allah engkaulah harapan ku dan tempat aku berlindung,
Ya allah aku bersujud kepadamu dengan tulus keikhlasan.

Ku pujuk jiwaku ini,
Aku belainya,
Al Quran aku hayati,
Al Quran kualuni penuh kerendahan hati,
Agar aku mampu menjadi insan bergelar khalifah.

Ana rasa hanya sekadar itu . Ana harap antum semua dapat memahami maksud yang cuba ana sampaikan. Insyaallah kita sama-sama mengambil sebanyak mungkin pengiktibaran dan kita sampaikan kepada orang lain. Insyaallah. Assalamualaikum

Thursday 23 August 2012

Kendali Nafsumu

Assalamualaikum.. Maaflah dah lama ana tak update blog ana nie. Baik lah Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kasihnya dapat lagi jari jemari ana ini menulis ilmu di laman ini. Alhamdulillah. Insyaallah kali ini ana nak kongsi ilmu mengenai kendali nafsu. Kalau kita perhatikan masyarakat kita pada hari ini ramai yang sanggup membelanjakan puluhan bahkan ratusan ribu ringgit hanya semata-mata untuk menghias rumah,kereta dan sebagainya. Tetapi kalau kita tanya kan pula kepada masyarakat kita, berapa ramai yang sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk mencari keredaan allah? tepuk dada tanyalah iman.

Mengapa hal ini boleh terjadi? Apakah kerana mereka tidak mengetahui akan hakikat bahawa berkorban untuk agama Allah, berbuat demi mencari keredaan Allah akhirnya akan menatijahkan diri kita untuk mendapat kenikmatan yang sungguh luar biasa. Sebagai mana yang diungkapkan oleh Rasulallah."Tiada mata yang pernah melihat, Tiada telinga yang pernah mendengarkan  dan tiada yang dapat dibayangkan oleh hati." [hadis riwayat muslim.]

Sidang pembaca yang saya hormati, ada beberapa langkah yang perlu kita lakukan untuk untuk kemudiannya menjadi orang yang dapat menekan hawa nafsu dari terus menyesatkan diri kita.

1. Puasa
    Dalam hadis yang diriwayatkan oleh bukhari, rasulallah mengingatkan kita"sesungguhnya syaitan mengalir di dalam tubuh badan manusia sepertimana mengalirnya aliran darah.Persepitkanlah perjalanan syaitan itu dengan berpuasa"[HR Bukhari]

2. Zikrullah
    Perbanyakkanlah mengucapkan kalimah Laillaha Illa Allah. Rasulallah  mengingatkan kita"perbaharuilah iman-iman kamu dengan banyak mengungkapkan Laillaha Illa Allah.[HR Bukhari dan Muslim]

3. Qiamullail
   Penerangan dalam [surah al isra]  dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. [ayat ke 79]

4. Bertaubat
    Perbanyakkan beristighfar. "Dan dia berkata hai kaum ku mohonlah maaf dari Rabbmu, lalu bertaubatlah kepadaNya,nescaya dia akan menurunkan hujan yang sangat deras kepadamu dan dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu Dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.[surah Huud ayat 52.]

Insyallah kita berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik. Insyallah.

Tuesday 14 August 2012

Duhai Hati Merendahlah

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat ana teruskan dakwah ana. Sedarkah kita sifat sombong telah lama berputik di hati setiap hambanya yang lemah. Kita sering melihat orang lain salah, lebih rendah, tidak punya apa- apa kelebihan berbanding kita dan meremehkan mereka. Kita merasa cukup bangga dengan pencapaian diri kita dan sanggup pula kadang-kadang menghina, mengeji memfitnah  dan menjatuhkan orang lain. Aduhai , celaka benar orang yang sombong. sudahlah jahil , menolak kebenaran pula.
       Orang yang sombong sukar memberi apa yang diperlukan oleh orang lain, kerana dirinya juga tidak memerlukan apa-apa dari orang lain. Ketika orang lain mengharapkan perhatian, orang yang sombong ini gagal memberi. Hasilnya, orang sebegini sukar didekati dan tidak mendapat kasih sayang dari orang sekelilingnya. Hal ini mungkin berlaku dalam diri kita, saat kita mengadu sukar mendapat kawan dan perhatian. Tidak hairanlah ini berlaku , sewajarnya kita evaluasi dahulu sudahkah kita memberi perhatian yang diperlukan atau sebaliknya? Bukankah siapa memberi, dia akan menerima kembali? Maka duhai hati, merendahlah dan hentikan sikap meninggi diri!

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(kerana sombong)dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak akan menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri" surah luqman ayat 18.

 Sejenak mari kita mengenali barometer sombong. Mari kita evaluasi, apakah kita sombong atau sebaliknya.
Ana rasa cukuplah sekadar ini dahulu. Ana ingin memohon maaf jika terkasar bahasa. Akhir kalam, Assalamualaikum.[Muhibbul Khaliq]

Sunday 12 August 2012

Sifat Rasulallah (SAW)

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih dikurniakan peluang untuk ana dalam menempuh dunia yg penuh ranjau kehidupan. Masyarakat kini sering mengeluh apabila mereka didatangi kesusahan hidup.Suka menyalahkan satu sama lain. Jika kita melihat sejarah perjuangan Rasulallah yang penuh dengan dugaan dan pengorbanan, nescaya kita tidak akan merungut atas kesusahan yang hanya sedikit jika dibandingkan dengan kesusahan yang dilalui rasul allah yang terpuji itu. Masyarakat kini terutamanya golongan belia sering menjadikan artis-artis kesukaan mereka sebagai idola mereka. Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya menyuburkan titik hitam yang ditanam di dalam hati nurani mereka. Sepatutnya kita menjadikan rasul allah sebagai ikutan, kerna sudah tertulis di dalam Al-Quran "surah al ahzab ayat ke 21" yg bermaksud pada diri Rasulallah itu terdapat suri teladan yang baik bagimu. Ayat ini telah diturunkan bagi menjelaskan fenomena ini. Kita seharusnya menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai pedoman hidup kerana Rasulallah telah bersabda dalam hadisnya iaitu "aku tinggalkan kamu 2 perkara yakni kamu tidak akan sesat selagi mana kamu mengikutnya iaitu Al-Quran dan Hadis". Jika masyarakat kini mengambil berat akan ayat Al-Quran dan Hadis ini dan cuba mempraktikkan di dalam kehidupan Inshaallah umat islam akan maju dan berjaya di dunia dan akhirat. Inshaallah. Akhir kalam ana ingin memohon maaf jika ana ada melakukan kesalahan secara langsung atau tidak kerna ana juga manusia biasa yang tidak akan lari dari kesalahan. Inshaallah ana nasihat untuk diri ana dan juga antum sekalian agar kia tergolong dalam golongan orang yang bertakwa. Assalamaualaikum  [Muhibbul Khaliq]

Saturday 11 August 2012

MUKADDIMAH

Assalamualaikum. ana Muhammad Najmi ibnu Mat Nawi. Ana seorang insan yang sedang memulakan penghijrahan dari segi lahiriah dan rohaniah. Ana seorang pelajar aliran sains tulen. Menuntut ilmu di SMS Raja Tun Azlan Shah Taiping. Ana harap dengan adanya blog ini ana dapat berkongsi ilmu akhirat mahupun dunia. Ana berpegang kepada prinsip ini "sesungguhnya jalan keislaman itu sungguh indah"
Manusia sebagai khalifah di muka bumi. Tidak ada satu pun yang sempurna. Hidup ini penuh dengan cabaran. Pandangan kita umpama jalan, silap jalan jauh kita dari empunya dunia. Kita diberi 2 jalan. Pertama, iaitu jalan yg mudah kita bertemu dgn ilahi dan yang kedua penuh dengan kelekaan dan akhirnya kesengsaraan. Pilihlah dengan kata hati kerana jika kita hampir dengan ilahi segalanya bermula dan berakhir dengan cahaya keislaman yang kekal abadi.