BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 30 November 2015

Assignment 3

Hari ini kami membentangkan storyboard kami berkaitan tugasan 3. kami membentangkan flowplan kami untuk membuat video. kami diminta untuk menerangkan isi kandungan video yang bakal kami muatkan dalam tugasan ini. Pada awalnya kami agak keliru dan kelam kabut kerana kumpulan kami masih belum membuat storyboard secara terperinci kerana lebih menumpukan pada isi laporan. Pada saat ini kami berbincang dan mengeluarkan idea serta memikirkan isi kandungan yang bakal kami muatkan.
Kami membentangkan storyboard kami mengikut apa yang telah dipersetujui oleh semua ahli. Saya selaku Pengarah membentangkan dan mendapat feedback yang cukup baik dari Dr Dorothy. Dr juga ada memberi pandangan bagi melicinkan flowplan kami serta membuka mata serta minda kami berkaitan perkara-perkara kecil yang kami terlepas pandang.

Monday 23 November 2015

Assignment 3

Kami diberi pencerahan berkaitan 9gagne dimana ramai dikalangan kami melakukan kesalahan dalam tugasan 2b. Kami dikuliahkan kembali dan diperjelaskan secara terperinci berkaitan kesalahan yang dilakukan di dalam tugasan 2b. Dr Dorothy memberi peluang kepada kami untuk memperbaiki tugasan tersebut dengan menyuruh kami untuk mencari tajuk yang baru dan membuat pembetulan.

Monday 16 November 2015

Assignment 3

 Permulaan hari dimana kami diamanahkan untuk menyiapkan tugasan ketiga secara berkumpulan. Kami diminta untuk membina kumpulan dimana terdiri daripada rakan sekelas yang bakal memegang tanggungjawab sebagai pakar-pakar sepanjang menjalankan tugasan ini. Antara pakar-pakar yang diperlukan di dalam setiap kumpulan ialah Pakar Induksi, Subjek, Media dan Programmer. Kami perlu melantik salah seorang dari ahli kumpulan selaku Pengarah yang bakal mengetuai gerak kerja kumpulan sepanjang menjalankan tugasan ini.
 Selain itu kami juga perlu berbincang akan matlamat serta objektif tugasan berdasarkan tajuk yang telah dipersetujui oleh setiap ahli kumpulan. Kami diminta untuk membentangkan secara kasar kepada setiap kumpulan bagi mengelakkan sebarang pertembungan tajuk dan mendapatkan gambaran secara kasar.