Assalamualaikum antum semua. kali ini ana nak berkongsi ilmu mengenai doa. Setiap manusia dilahirkan mempunyai masalah. Pelbagai persoalan
muncul di depan mata, seakan tiada habisnya. Lebih daripada itu, masalah
itu semakin menenggelamkan manusia pada penderitaan yang tidak
berkesudahan.
Ramai di antara mereka yang berputus asa. Perintah solat mula
ditinggalkan, bersedekah apatah lagi. Bahkan ironinya, ada yang pergi ke
tok bomoh, mencuri, menjual diri dan pelbagai bentuk kejahatan lain
yang dianggap sebagai solusi untuk menyelesaikan krisis yang melanda
diri mereka.
Hidup pun tiada terasa indahnya lagi. Lihat ke kanan masalah, ke kiri
masalah, atas dan bawah pun masalah yang seakan-akan datang menghimpit
seluruh jiwa dan raga.
Lalu apa yang patut kita lakukan ketika ini? Adakah kita hanya
bersembunyi di balik masalah ini? Menjerumuskan diri pada bentuk maksiat
yang menjanjikan keuntungan besar dalam masa singkat? Minum minuman
keras yang dapat melupakan masalah kita dalam masa sementara? Atau bunuh
diri agar masalah yang dihadapi selesai setelah kita mati?
Semua perkara di atas amat mudah terlintas dalam fikiran manusia
kerana pada prinsipnya manusia sangat mudah berputus asa. Alangkah
meruginya kita kalau fikiran-fikiran seumpama ini kita ikuti.
Di saat manusia ditimpa pelbagai musibah dan masalah, tindakan bijak
yang perlu kita lakukan adalah memuhasabah hubungan kita dengan Allah
swt. Salah satu bentuk komunikasi yang perlu kita lakukan adalah berdoa.
Doa hakikatnya adalah penuntun kita untuk melakukan perubahan diri.
Hidup kita bukanlah sestatis laut mati. Ia sentiasa bergerak dan berubah
dari masa ke semasa. Banyak cabaran yang perlu kita hadapi setiap hari.
Melalui musibah inilah, Allah akan melihat siapa hamba-Nya yang
sebenarnya. Siapakah hamba-Nya yang bagus kualiti peribadinya? Siapakah
hamba-Nya yang mahu melakukan perubahan? Dan perubahan inilah yang
menjadi esensi dari doa yang kita panjatkan.
Ibnu Ata'illah menukilkan sesuatu yang amat berharga dalam kitabnya al-Hikam :
"Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal
engkau sendiri tidak merubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak
meminta dan banyak berharap kepada Allah swt, tetapi kerana sibuk
meminta terkadang membuat kita tidak sempat menilai diri sendiri.
Padahal kalau kita meminta dan akibatnya kita merubah diri sendiri,
Allah akan memberikan apa yang kita minta kerana sebenarnya doa itu
adalah pengiring agar kita dapat merubah diri kita. Jika kita tidak
pernah mahu merubah diri kita menjadi lebih baik, tentu ada yang salah
dengan permintaan kita."
Firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 11 yang bermaksud:
Doa yang kita panjatkan kepada Allah swt ibarat tanaman. Kekuatan kita untuk mahu berubah adalah benihnya. Manakala doa itu sendiri adalah bajanya. Baja akan membuat benih tumbuh, berbuah banyak dan berdaun lebat. Akan tetapi, jika kita hanya menebar baja tanpa sedikitpun benih yang kita tanam, apa yang akan tumbuh?
Jika doa semakin bagus, ini menunjukkan bahawa perubahan telah terjadi dalam diri kita secara perlahan-lahan. Jika kita meminta tiada henti, dalam masa yang sama kita pun bermaksiat, jangan salahkan siapapun kerana doa seperti ini ibarat gema kosong yang hanya memantulkan suara sahaja.
In Syaa Allah ana berharap dengan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak mampu mengubah paradigma antum semua. Assalamualaikum