BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 29 November 2012

Penyelesaian Bagi Pertikaian Dalam Islam

Assalamualaikum antum semua. Maafkan ana ye sebab lama gile ana tak update blog ana. Mesti antum semua tertunggu-tunggu. Sebenarnya ana nak update tapi masalah internet menghalang niat ana tu. ish3. Ok lah hari ini ana nak kongsi ilmu mengenai perundangan Islam. Berdasarkan akal fikiran ana, dalam sistem perundangan Islam keadilan itu merupakan teras dalam melaksanakan undang-undang. Jika satu perkara itu mengandungi unsur kezaliman, maka ianya bercanggah dengan Islam. Ini kerana Islam dan keadilan tidak dapat dipisahkan. Oleh itu keadilan itu merupakan tunjang utama bagi menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak tertentu.

Terdapat banyak dalil dalam Al Quran yang mewajibkan kita untuk berlaku adil dalam menyelesaikan pertikaian di antara manusia.  Antaranya ialah, "...jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil" Surah Al-Maidah ayat ke 42.

Pertikaian merupakan sesuatu fitrah atau lumrah dalam kehidupan kita. Dalam setiap masyarakat mesti akan terjadinya pertikaian. Oleh sebab itu,perlunya ada tatacara untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Islam sudah mengajar kita mengenai cara untuk menyelesaikan pertikaian manusia. Dalam sistem perundangan Islam terdapat banyak badan pengadilan bagi menyelesaikan semua jenis pertikaian.

MAHKAMAH!!!!!!!!!

Saidina Ali berkata pada Rasulullah SAW ; "Ya Rasulullah, tuan mengutuskan aku ke Yaman untuk menjadi Qadi (hakim) sedangkan aku masih muda dan tidak mengetahui tentang kehakiman.  "Rasulullah bersabda;" sesungguhnya Allah akan memberikan hidayah-Nya kepada hatimu dan menetapkan lidahmu. Jika datang dua orang yang bertikai duduk di hadapanmu, maka janganlah engkau menjatuhkan hukuman sehinggalah engkau mendengar hujah pihak kedua seperti engkau mendengar pihak pertama. Kerana itulah yang lebih layak dilakukan agar jelas bagi kamu untuk menjatuhkan hukuman.[HR Abu Dawud]

Tujuan ana mengupas serba sedikit topik ini adalah kerana ana lihat dunia kita sekarang ini sudah dicemari oleh unsur ketidak adilan.  Ana takut melihat situasi yang sedang menular dalam pucuk pimpinan di negara kita. Jangan sampai imej negara kita yang berstatus negara Islam  dikritik oleh negara bukan Islam diluar sana. Marilah sama-sama kita ubah paradigma kita. In syaa allah. Amin.

Ana rasa sampai d isini dulu yer. Assalamualaikum.

Sunday 18 November 2012

Ada Apa Dengan Cinta

Assalamualaikum antum semua. Antum semua sihat? Kalau sihat alhamdulillah. Sesungguhnya nikmat kesihatan itu datangnya dari Allah. Bagi yang kurang sihat tu jangan berduka, kuatkan semangat kerana Allah sedang menguji antum semua. Banyakkanlah berzikir kepada Allah. Baiklah hari ini ana nak kongsikan ilmu berkaitan cinta. Kalau bercerita mengenai cinta mesti antum semua suka kan. Hahaha. Tidak mengapa. Cinta itu merupakan salah satu perasaan yang Allah tanamkan dalam setiap hati hambanya. Ana nak berkongsi ilmu ini dalam bentuk sajak.

Menyelak lembaran cinta,
Tidak sesempurna cinta Muhammad pada umatnya,
Persis sinar mentari pagi,
Hadirmu membawa wahyu Ilahi,
Ditemani semangat dan cinta Khadijah,
Cekal dirimu menyebar dakwah,
Tika najis menyentuh jasadmu,
Tulus kau berdoa agar hidayah memanyungi umatmu,
Dalam dakapan penghujung nyawa,
Lafaz ummati diakhir hayatmu,
Deraian air mata membasahi bumi,
Tika khabar dirimu dijemput ilahi,
Tiada setanding hebat cintamu,
Acuan Agung yang maha esa,
Walau jasad tidak pernah bertemu,
Selawat dan salam akan sentiasa berlagu,
Meniti hidup dalam sunnahmu,
Tanda kasih dari umatmu,

Ha best tak sajak tu. Hahaha. Di sini ana nak kita semua berfikir sejenak adakah cinta kita kepada Rasulullah telah mencapai tahap seperti cinta Rasulullah kepada kita. Renung-renungkan lah.

Dari Anas r.a Nabi S.A.W sabdanya: "tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.(pertama) hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.(kedua) hendaklah dia mencintai seseorang kerana Allah.(ketiga) hendaklah dia membenci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampak ke dalam neraka" Hadis Riwayat Bukhari.

Ana rasa cukup sampai di sini dulu. Ana harap sedikit sebanyak ilmu yang ana sampaikan dapatlah kita mengambil pengiktibaran. Insyaallah. Amin. Assalamualaikum.

Saturday 17 November 2012

Surah Al-"Asr

Assalamualaikum antum semua. Sebelum ana membuka celoteh ana, dengan sukacitanya ana ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah. Insyaallah di tahun hijrah yg baru marilah sama2 kita berhijrah dari buruk kepada baik dan baik  kepada yg lebih baik. Insyaallah. Baiklah hari ini ana nak kongsikan sedikit ilmu mengenai salah satu surah dari Al Quran iaitu Surah Al-"Asr.

Al "Asr yang bermaksud memerah. Oleh itu ("a-syir) itu ialah jus. Mesti antum semua terfikir mengapa Allah menggunakan Al-"Asr. Ini kerana ia menggambarkan sesuatu yang akan memberi kesan yang sangat besar. Sebab itu, waktu asar itu disebut kerana ketika itu, keringat manusia telah diperahkan dengan aktiviti dari pagi. Maka dengan pemerahan keringat itu, membuatkan manusia apabila sampai waktu asar dia sudah lemah dan malas.
Kalau kita perhati dan tadabbur surah ini kita akan mendapat ilmu yang tersangat berguna untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita agar dapat merubah kehidupan kita kepada kehidupan yang lebih baik. Insyaallah.
Terjemahan ayat:
1) Demi masa
2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
 Kalau antum perhatikan di sini, Allah menyatakan bahawa manusia memang berada dalam kerugian secara menyeluruh.

BAGAIMANA UNTUK TIDAK RUGI??????

Jawapan bagi soalan itu terdapat dalam ayat ketiga
3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Di sini Allah mengarangkan kepada kita 4 kriteria untuk selamat iaitu beriman, ekspresikan iman dengan amal soleh, berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran.

(beriman)
Ini baru satu perempat dari usaha menyelamatkan diri dari kerugian

(ekspresikan iman dengan amal soleh)
Keimanan perlu dibuktikan.tidak cukup hanya dengan mengaku beriman.

( berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran)
Amalan ini menjadi syarat pelengkap untuk bebas dari kerugian.

Antum semua sedarlah begitu peningnya Surah Al-"Asr ini sehinggakan Imam Asy-Syafie mengatakan
"andai kata Allah tidak menurunkan wahyu melainkan dengan Surah Al-"Asr ini, maka ianya cukup bagi manusia.".

Insyaallah ana harap apa yang ana kongsikan ini bermanfaat untuk diri antum sekalian dan juga untuk diri ana sendiri. Ana menyampaikan ilmu ini bukanlah untuk menunjuk pandai tetapi hanya untuk berkongsi sedikit ilmu yang Allah kurniakan kepada ana. Insyaallah kita bertemu di lain waktu. Assalamualaikum .


Tuesday 13 November 2012

Hadis........:)

Assalamualaikum antum semua. Huh maaf la ana sejak kebelakangan ini jarang sekali update. Ish3 apa la nak jadi ngan ana nie. Ok lah ana nak kongsi satu hadis yang ana dapat dari majlis ilmu di kampung ana.

Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas ra, beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi Muhammad SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu,  mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).

Ana nak sampaikan disini kita hendaklah sentiasa percaya pada ketentuan allah. Islam sendiri bermaksud menyerah sepenuhnya kepada Allah. Jadi mari sama-sama kita muhasabah diri kita. Insyaallah kita memperoleh manfaat darinya. Insyaallah. 
ok lah jumpa dilain waktu. Assalamualaikum.

Friday 9 November 2012

Muhasabah Diri Semula

Assalamualaikum antum semua. Maafkan ana sebab lama tak update blog. Ana buru lepas exam Bahasa Arab Komunikasi. Huh susah gile, tapi alhamdulillah ana dapat jawab dengan izin Allah. Ok lah,  hari ini ana nak kongsi satu cerita baik punyer.  Jom

Di sebuah kota yg penuh pancaroba tinggal seorang hamba Allah ini yang sangat suka mengembara. Pada suatu hari yang telah ditetapkan oleh Allah, hamba itu tersesat di dalam sebuah hutan. Dia bingung dalam memikirkan cara untuk mencari jalan keluar dari hutan tersebut. Tiba tiba dia terdengar seekor harimau sedang mengaum dan hatinya menjadi resah. Dengan ketentuan Ilahi harimau ini betul-betul berada dihadapannya, lalu hamba Allah itu pun membuka langkah seribu untuk menyelamatkan dirinya. Sewaktu hamba itu berlari, hamba itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan dari dimakan harimau itu. Dengan izin allah di terlihat ada satu perigi dan di tepi perigi itu ada tali. Lalu di ambilnya tali tersebut lalu dipegangnya erat-erat dan terjun ke dalam perigi tersebut. Harimau itu masih menunggunya di atas perigi itu. Tiba-tiba hamba itu terdengar ada percikkan air dari arah bawah. Rupa-rupanya ada seekor buaya yang sedang menunggu mangsanya untuk dijadikan sebagai makanan. Hamba itu menjadi takut dan berfikir berapa lama lagi dia mampu bertahan. Selepas itu, keluar seekor tikus putih dan hitam yang agak besar dari celah-celah batu perigi itu lalu menggigit tali yang dipegang olehnya.Hamba itu menjadi semakin gelisah dan berputus harap lalu berdoa kepada Allah. Tiba-tiba hamba itu terdengar bunyi  seekor lebah yang terbang di atasnya. Lebah itu membawa madu yang sangat manis. Dengan ketentuan Allah madu itu tertitis ke dalam mulut hamba itu. Terdetik didalam hati hamba itu " manis sungguh madu ini" lalu terjatuh ke dalam perigi itu kerana hamba itu terlupa akan tali yang dipegangnya sebentar tadi.

Baiklah sekarang ana nak jelaskan satu persatu maksud cerita yang ana nak sampaikan kepada antum semua.
 hamba Allah itu bermaksud diri kita semua.
 mengembara pula bererti perjalanan kita di dunia ini.
 harimau dan buaya bermaksud ajal kita
 tali itu bererti jangka hayat kita sewaktu di dunia
 tikus hitam dan putih pula di tafsirkan sebagai amalan buruk dan baik kita sewaktu di dunia.
 dan kemanisan madu itu bermaksud kesenangan yang allah berikan kepada kita semua.

Pesanan yang ana ingin sampaikan ialah kita ini sering lupa kepada Allah. Kita hanya akan mengingati Allah ketika diri kita diuji dengan kesempitan hidup tetapi tidak pula diwaktu kita diuji dengan kesenangan. Bila kita leka dengan kesenangan kita lupa kepada pencipta kita yakni allah yang sentiasa memberikan rahmatnya kepada kita. Jadi ana harap antum  semua termasuk diri ana sendiri muhasabah diri kita semula. Kaji diri kita dan perbaiki diri dari semasa ke semasa. Insyaallah. Amin

Ana rasa sampai di sini saja dalu. Assalamualaikum.