BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 1 September 2012

4 Rahsia Jauh Daripada Dosa

Assalamualaikum. Erm ana rasa hari ni ana nak berkongsi mengenai ilmu yang baru ana pelajari. Harap antum sudi membaca ye. ok  jom

Dosa tidak memilih sasaran, tempat dan masa. Namun manusia sering menjadi sasarannya. Ada 4 rahsia yang ana nak berkongsi dengan antum semua.

Rahsia 1= Dekat dengan Al Quran
               Hati yang dekat dengan peringatan dan kalam Allah yang terdapat dalam Al-Quran pasti akan sentiasa beringat sebelum melakukan sesuatu perkara. Bacaannya bukan hanya alunan di bibir,malah intisarinya meresap ke dalam jiwa seorang hamba yang sentiasa takut untuk melakukan dosa dan maksiat.

Rahsia 2= Meneladani orang soleh
               Kisah-kisah kehidupan para nabi , rasul wali Allah dan orang soleh menjadi tatapan setiap waktu. Kehidupan mereka yang dilimpahkan nikmat dan kurniaan daripada Allah menjadi pendorong untuk meraihnya. Manakala ,dugaan dan cabaran yang Allah timpakan menjadi pemangkin untuk meneruskan kehidupan di dunia tanpa palitan dosa dan maksiat.

Rahsia 3= Patuh dan Taat
               Peringatan tentang halal dan haram sesuatu perkara tersemat rapi dalam genggaman manusia yang mahukan dirinya jauh daripada berbuat dosa. Dirinya juga akan sentiasa berhati-hati dengan segala perkara yang samar-samar antara halal dan haram,dan sudah pastilah keredaan Allah itu yang terutamanya bagi dirinya dalam melakukan apa-apa jua perkara.

Rahsia 4= Ingat kesan sampingan dosa
               Sentiasa ingat akan hukuman Allah akibat dosa yang telah dilakukan. Hukuman itu dibayar secara tunai sama ada sejurus selepas dosa tersebut,pada keesokan hari,tahun mendatang ataupun balasan dihari akhirat kelak.Yang pasti balasan Allah pasti akan ditimpakan kepada mereka yang tidak malu membuat kemungkaran di muka bumi.Hanya orang yang yang beringat tentang hukuman buruk yang akan diterima akan meninggalkan perbuatan dosa dalam hidupnya.

Ana harap ilmu yang ana kongsikan dapat antum ambil walaupun sedikit. Cubalah praktikkan di dalam kehidupan seharian kita.Insyaallah dengan izin Allah kita tergolong dalam golongan orang yang beriman. Insyaallah

0 comments: