BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 18 December 2015

Assignment 3

Pada hari ini kami melakukan perjumpaan di cube fakulti pendidikan. Kami berbincang mengenai tugasan tiga. Saya menjelaskan tugasan dan memberikan penjelasan serta tarikh untuk menyiapkan tugasan agar semuanya berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Saya memberikan Setiap pakar untuk mengetuai beberapa bidang tugas. Bagi penghasilan Video, saya memberikan Pakar Programmer dan Pakar Media untuk mengetuai penghasilan video. Selain itu Saya pula mengetuai penghasilan buku panduan dan Setiap Penghasilan video dan buku panduan akan merujuk kepada Pakar Subjek. Penghasilan Laporan diketuai oleh Pakar Subjek kerana Pakar Subjek ini mahir dan lebih mengetahu berkaitan isu dan tajuk yang dipilih.
Kami juga sudah mula melakukan gerak kerja seperti mencari muzik latar bagi video serta merangka isi isi yang akan dimuatkan didalam laporan. Kami memilih 3 muzik latar dan kami membuat undian serta berbincang mengenai pemilihan muzik latar.

0 comments: