Assalamualaikum antum semua. Untuk sahabat ana kali ini ana nak kongsikan sedikit ilmu supaya kita sentiasa bersyukur dn sedar akan kelemahan pada diri. In syaa allah. Baiklah.
Sebenarnya matlamat hidup di atas dunia fana ini hanya satu, adalah
untuk tunduk kepada Allah yang Maha Esa dan meraih redha Allah. Namun,
acapkali jika kita cuba pandang di sekeliling kita, ramai manusia zaman
kini lebih mementingkan redha manusia berbanding redha Allah. Seakan
redha manusia itulah sumber kebahagian di dunia mahu pun akhirat. Seakan
redha manusia itulah penentu kehidupannya diberkati.
Redha manusia? Ya, redha manusia.
Jika disingkap kehidupan manusia...
marcapada lebih menitik beratkan kepada kemewahan, kesenangan, dan
hiburan. Sebagai contoh; sesetengah manusia sekarang berlumba lumba
untuk menjadi cantik hanya kerana untuk mendapat pujian dan layanan yang
baik. Ada pula yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki barang
berjenama hanya untuk dijaja di mata orang lain.
Tidak salah untuk memakai barangan berjenama, hanya yang kurang sedap
di lihat jika ianya melebihi keperluan yang ada sehingga ada yang hanya
di pakai sekali dua kemudian di simpan buat koleksi menambah harta.
Andai dana tersebut diguna dan dibelanjakan untuk bersedekah, alangkah
baik dan murninya sikap sedemikian rupa?
Tidak juga salah untuk berfesyen mengikut arus kota yang bertamadun.
Namun, hanya kurang sedap di lihat jika ianya berfesyen sehingga lupa
pada halal dan haramnya. Tudung singkat yang masih menampakkan bayangan
leher dan rambut, mekap tebal menyilaukan pandangan sehingga boleh
menimbul syahwat pada yang melihatnya. Bukankah indah jika bersederhana
dan sempurna dalam mengikut syariat menutup aurat? Bukan sahaja aurat
dijaga rapi bahkan akhlak juga sentiasa menghiasi.
Sama-sama kira renungi diri, kelak apabila kita pergi meninggalkan
dunia ini, pasti kain putih jua yang akan membaluti tubuh kita. Amalan
mulia jualah sebagai 'make up' diri kita. Jika cantik amalan kita, maka
tentu 'cantik' jugalah diri kita bertemu denganNya.
Sama-samalah kita muhasabah, niat di hati tu sentiasa diperbaiki agar
segala yang kita lakukan hanya semata-mata kerana Allah. Biarlah apapun
yang manusia lain perkatakan, kerana yang tahu nawaitu kita hanya
Allah sahaja. Sesungguhnya niat kita itu penilainya adalah Allah, bukan
manusia. Maka setiap niat kita sandarkanlah ia hanya lillahitaa'la. Misalnya
niat untuk menutup aurat, biarlah kerana Allah ta'ala, jangan niat
pakai tudung hanya untuk cantik. Biar kita tidak cantik di mata manusia,
asalkan kita cantik di sisi Allah.
In syaa allah. Ana rasa sekadar ini dulu. Jika dijodohkan lagi kita bersua lagi. in syaa allah.
Saturday 5 January 2013
Dunia Semata Mengaburi Akhirat
Posted by Unknown at 22:34
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment